fbpx
Keadaan terkini aliran trafik di Plaza Tol Gombak arah Pantai Timur dan Plaza Tol Sungai Besi arah selatan.

Karak masih ‘OK’, utara dan selatan mula sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya terutamanya menuju ke selatan dan utara mula bergerak perlahan di beberapa kawasan petang ini.

Ia susulan orang ramai mula bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing sempena perayaan Thaipusam dan cuti Hari Wilayah hujung minggu ini.

Menerusi perkongsian di media sosial Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), trafik menuju ke utara di Lebuj Raya Utara-Selatan sesak dari Sungai Buloh ke Rawang Selatan.

“Juga sesak dari Rawang ke Sungai Buaya, Gopeng ke Simpang Pulai, Jawi ke Juru dan Juru Auto City ke Permatang Pauh.

“Arah selatan pula, trafik sesak dari Sungai Besi ke Bangi, Putra Mahkota ke Nilai Utara, Kulai ke Senai Utara, dan Kempas ke Lebuhraya Pasir Gudang,” kongsi LLM.

Kata LLM, bagi perjalanan ke Pantai Timur pula trafik dilaporkan perlahan dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK).

Sementara itu, tinjauan di portal Jalannow mendapati aliran trafik di Plaza Tol Gombak menuju ke Pantai Timur masih lagi terkawal meskipun terdapat pertambahan kenderaan ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN