fbpx
Seorang gadis maut digilis di jalan besar Palong 7 dan 8, di Jempol, petang tadi. -Foto IHSAN POLIS

Gadis maut digilis ketika keluar cari rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Rutin harian seorang gadis keluar mencari rezeki bertukar tragedi selepas dia maut digilis ketika ke tempat kerja di sebuah restoran makanan segera dalam kejadian di Jalan besar Palong 7, 8, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa berusia 21 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC menghala ke Gemas mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, kemalangan turut melibatkan dua buah kenderaan lain iaitu sebuah lori jenis Hino dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Cross.

“Hasil siasatan, lori yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun datang dari arah Palong 4, 5 dan 6 menghala ke Palong 7 dan 8. Setibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu terjatuh atas laluan lori berkenaan.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, pemandu lori tidak sempat untuk mengelak dan telah melanggar mangsa bersama motosikal. Motosikal tersebut terpelanting lalu terkena sebuah SUV yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa Pakistan berusia 42 tahun yang datang dari arah Palong 7,8,” katanya di sini hari ini.

Ujar Norhisham, mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Jempol bagi proses bedah siasat, manakala, dua lagi pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI