fbpx
STERLING mengakhiri kontrak di Chelsea menerusi persetujuan bersama selepas gagal mendapatkan minit permainan. - AFP

EPL: Sterling akhirnya tinggalkan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – ‘Jodoh’ antara Chelsea dan pemain sayap, Raheem Sterling akhirnya menemui penghujung selepas mengakhiri kontrak secara persetujuan bersama.

Sterling merupakan pemain berprofil tinggi pertama dibeli Chelsea ketika era pemiliki BlueCo apabila melengkapkan perpindahan bernilai £47.5 juta (RM256.61 juta) dari Manchester City pada 2022.

Bagaimanapun, masa depan Sterling di Stamford Bridge mula kelam selepas kehadiran Enzro Maresca pada 2024 yang telah dilihat tidak menggemari khidmatnya menyebabkan dia dilepaskan ke Arsenal secara pinjaman musim lalu.

Tempoh pinjaman itu juga gagal mengangkat reputasi Sterling apabila hanya mampu meledak satu gol dalam 28 penampilan untuk skuad kendalian Mikel Arteta dalam semua kejohanan menyebabkan Arsenal membuat keputusan untuk tidak membelinya secara tetap.

Sterling yang mempunyai pendapatan £325,000 (RM1.76 juta) seminggu masih memiliki kontrak selama 18 bulan bersama Chelsea, namun rundingan menyaksikan kedua-dua pihak bersetuju untuk melepaskan ikatan itu.

“Kami berterima kasih dengan segala penglibatan Raheem ketika bergelar pemain Chelsea. Pihak kelab mengucapkan selamat berjaya untuk tahap seterusnya dalam karier,” menurut kenyataan dikeluarkan oleh kelab itu.

Dua kelab EPL, Fulham dan West Ham United dilapor sedang memantau perkembangan Sterling dan bersedia menawarkan kontrak, namun dia didakwa mempertimbangkan peluang bermain di luar England. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN