fbpx
WONG Kah Woh ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Sekolah Menengah Yuk Choi, Ipoh hari ini.

Bilik darjah tambahan guna IBS tampung kemasukan murid Tahun Satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Projek pembinaan bilik darjah tambahan berkonsepkan Sistem Binaan Berindustri (IBS) akan dilaksanakan bagi mengatasi kekurangan bilik darjah susulan pelaksanaan dasar kemasukan murid Tahun Satu pada usia enam tahun mulai 2027.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, kaedah IBS itu lebih menjimatkan masa berbanding pembinaan secara konvensional yang lazimnya mengambil masa antara dua hingga tiga tahun.

“Selain daripada isu ketersediaan guru, KPM juga sedang meneliti sekolah-sekolah yang mungkin menghadapi isu fasiliti termasuk kekurangan bilik darjah.

“Perkara ini adalah penting untuk kita kenal pasti kerana bukan semua sekolah adalah sekolah padat dan tidak mampu menampung murid. Ada banyak sekolah yang masih ada ruang lagi dan itu tidak jadi masalah.

“Namun untuk sekolah yang tidak ada ruang, maka KPM akan mengambil pendekatan untuk membina bilik darjah tambahan dengan cara IBS,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Sekolah Menengah Yuk Choi, di sini hari ini.

Menurut beliau, pembinaan menggunakan kaedah IBS bukanlah perkara baharu kerana ia telah dilaksanakan di sekolah-sekolah padat seperti di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN