fbpx
Izham ketika ditemui di Wisma MBSA, Shah Alam. Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

30 ladang babi masih beroperasi di Tanjong Sepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Hanya 30 daripada 115 ladang ternakan babi masih beroperasi di Tanjung Sepat, Kuala Langat dan kini dalam proses pengosongan secara besar-besaran susulan penularan wabak Demam Babi Afrika (ASF).

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, tindakan drastik itu diambil selepas kawasan terbabit dikesan positif penyakit berkenaan, sekali gus memerlukan langkah kawalan segera dilaksanakan.

“Bagi ladang yang masih negatif penyakit, kita beri sedikit masa bagi proses pengosongan dan tiada lagi penambahan waktu akan diberikan. Sebelum ini ada 115 ladang, kini ia tinggal kira-kira 30 yang akan dikosongkan kelak,” katanya ketika ditemui di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, petang ini.

Isnin lalu, kerajaan Selangor membatalkan sementara cadangan pembangunan ladang babi berskala baharu di Bukit Tagar, Hulu Selangor bagi mencari lokasi alternatif yang sesuai untuk penternakan moden berkaitan haiwan itu

Mengulas lanjut, kata Izham, tindakan pengosongan bukan bermaksud kerajaan negeri mahu mengharamkan industri ternakan babi namun mahu memastikan ia diurus secara sistematik dan lestari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI