fbpx
Antara peralatan yang dirampas oleh pihak polis dalam serbuan yang dilakukan di sebuah unit kondominium di Laville Condominium, Maluri, semalam. FOTO IHSAN POLIS

2 individu ditahan dekat Maluri urus laman lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan satu sindiket penipuan yang menguruskan laman sesawang lucah bagi mensasarkan mangsa dari Hong Kong susulan serbuan di sebuah unit kondominium di Laville Condominium, Maluri, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 3 petang hasil maklumat daripada pusat panggilan (call centre) oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) IPD Cheras.

Menurut beliau, hasil semakan awal mendapati sindiket berkenaan menawarkan perkhidmatan penstriman langsung kandungan lucah secara terhad masa menerusi sebuah platform dalam talian, sebelum mangsa diminta membuat bayaran tambahan untuk akses seterusnya.

“Namun, setelah mangsa membuat bayaran, mangsa tidak dapat perkhidmatan sepertimana yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi berkata, siasatan lanjut mendapati sindiket tersebut berperanan mengawal serta mentadbir pemasaran laman sesawang lucah berkenaan, manakala urusan transaksi pembayaran dipercayai diuruskan oleh kumpulan lain yang masih bebas.

Tambah beliau, sindiket itu dipercayai telah beroperasi sejak kira-kira enam bulan lalu dengan menggunakan rangkaian talian syarikat telekomunikasi untuk mengakses internet bagi menjalankan aktiviti haram tersebut.

Dalam serbuan itu katanya, pihaknya berjaya menahan dua individu warga China berusia 28 dan 31 tahun serta merampas beberapa unit telefon bimbit dan komputer riba dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM25,000.

“Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek telah dibenarkan selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN