fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan penunggang motosikal pandu lalu di sebuah restoran nasi kandar di Pulau Pinang.

[VIDEO] Lelaki ‘drive-thru’ nasi kandar di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal mengejutkan orang ramai selepas membeli nasi kandar seperti pandu lalu khas di sebuah restoran nasi kandar di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menerusi hantaran pengguna TikTok @Blvk99, kelihatan seorang penunggang motosikal memasuki ruang restoran untuk mengambil pesanan nasi kandar.

“‘Drive-thru nasi kandar,” katanya menerusi ruang kapsyen.

Sementara itu, terdapat pengguna TikTok yang turut membuat permintaan untuk restoran nasi kandar membuat pandu lalu khas untuk kereta.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata pengguna berseloroh dengan tindakan penunggang motosikal berkenaan selain risau akan pencemaran udara.

“Sedang latihan bulan Ramadan akan datang,” komen @ZamriAmri.

“Lagi seronok kalau ada motosikal yang ekzos kuat. Memang berasap satu kedai dibuatnya,” komen @Heryjack.

“Asap motosikal lagi bahaya daripada asap rokok. Pakcik jangan selalu buat ‘drive-thru’ macam ini,” komen @Karishark. –KOSMO! ONLINE

@blvk99 Drive thru Nasi Kandar Rafee Ali #nasikandarhunters #nasikandarhunter ♬ original sound – Didjitvls

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN