fbpx
Tangkap layar video tersebut memaparkan pemuda itu berusaha menyelamatkan kucing di tengah jalan raya.

[VIDEO] ‘Dia punya kesungguhan nak selamatkan kucing tu…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan berani seorang pemuda yang berlari ke tengah jalan raya semata-mata untuk menyelamatkan seekor kucing mencuri perhatian ramai pengguna di media sosial, hari ini.

Menerusi rakaman video kamera papan pemuka yang dimuat naik di Facebook Chan Zi Yee, pemuda berkenaan yang menaiki motosikal dilihat sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat.

Kemudian, seekor kucing dilihat terjatuh dari sebuah kereta sebelum dilanggar beberapa kenderaan lain yang bergerak laju.

Pemuda itu kemudiannya berlari ke tengah persimpanan itu demi menyelamatkan kucing terbabit daripada dilanggar walaupun trafik dilihat berbahaya.

Situasi itu sekali gus mengundang rasa cemas kepada penumpang di dalam kereta yang menyaksikan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, usaha menyelamatkan kucing itu tidak kesampaian apabila haiwan tersebut dipercayai mengalami kecederaan parah.

Pemuda tersebut dikenali sebagai Isyraf Imran Mohd Fauzi turut meninggalkan komen kepada orang ramai yang meninggalkan pujian buatnya.

“Terima kasih semua. Saya dah cuba selamatkan dia, tapi Tuhan lagi sayang dia,” komennya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu selain mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil risiko tinggi yang boleh mengundang bahaya, khususnya di jalan raya yang sibuk.

“Terima kasih sebab cuba selamatkan, tapi jaga diri juga. Nyawa awak lebih penting,” tulis Hisyam.

“Terima kasih abang sebab berani selamatkan kucing tu. Dari manalah agaknya kucing tu datang,” komen Siti pula.

Sehingga kini, video berkenaan menerima lebih 1.1 juta tontonan dan perkongsian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN