fbpx
Gambar hiasan

Sekolah agama Selangor diselaraskan ikut darjah 1 umur 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sistem pendidikan sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan diselaraskan dengan dasar baharu pendidikan kebangsaan susulan pelaksanaan tahun satu bermula pada usia enam tahun pada tahun hadapan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tempoh setahun akan digunakan untuk memastikan pelarasan berjalan lancar bagi mengelak kekeliruan dan pertindihan sistem.

Kita tidak mahu wujud dua atau tiga sistem berbeza dalam satu negara. Jadi, penyelarasan dengan Kementerian Pendidikan perlu supaya tiada kesan negatif kepada pelajar,” katanya selepas Majlis Voluntary Local Review (VLR) Matlamat Pembangunan Mampan (SDGS) di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, hari ini.

Menurutnya, antara cabaran utama adalah memastikan tenaga pengajar cukup dan berkelayakan dengan perlu mengikuti kursus khas bagi memenuhi syarat mengajar murid tahun satu bermula usia enam tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI