fbpx
Muhammad Akmal (kiri) keluar dari kamar mahkamah selepas didenda RM80,000 atas kesalahan menggaji 16 PATI di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Restoran shabu-shabu gaji 16 PATI didenda RM80,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Sebuah restoran shabu-shabu terkenal di Terengganu didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menggaji 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) pada awal bulan ini.

Hakim Nazlyza Mohamad Nazri menjatuhkan hukuman itu selepas Pengurus Operasi Ns Shabuyaki Kuala Terengganu Sdn. Bhd., Muhammad Akmal Azizan, 40, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Beliau juga memerintahkan Muhammad Akmal dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda RM80,000 tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, restoran tersebut didakwa membenarkan kesemua 16 imigran haram berusia 21 hingga 46 tahun tersebut bekerja tanpa permit sah.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan berikutan operasi penguatkuasaan yang dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu pada pukul 4.10 petang, 4 Januari lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau penjara maksimun 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap PATI, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI