fbpx
Kim Seng ketika diiringi pegawai SPRM ke Mahkamah Shah Alam. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

Rasuah RM2,000 elak tindakan terhadap kilang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan rasuah RM2,000 bagi mengelakkan dikenakan tindakan terhadap kilang haramnya dibawah di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling.

Tertuduh, Tan Kim Seng, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Kim Seng didakwa telah memberikan suapan RM2,000 kepada seorang Pegawai Kawalan Kanan Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Putrajaya.

Ini sebarang dorongan tidak mengambil tindakan atas kesalahan tidak mempunyai lesen premis ditetapkan, tiada kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah dan larangan menempatkan buangan berjadual di premis yang tidak ditetapkan serta tiada kelulusan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).

Perbuatan itu dilakukan di Kampung Telok Gong, Klang, kira-kira pukul 1.20 tengah hari pada 16 Oktober 2025.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.

Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd. Alimi Mustapha mencadangkan jaminan antara RM10,000 hingga RM15,000 dengan syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM, menyerahkan pasport dan tidak menganggu saksi pendakwaan, namun peguam Tan Han Sam memohon ikat jamin dikurangkan kepada RM5,000.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin yang merupakan rakyat tempatan beralamat Kuala Lumpur atau Selangor dan membenarkan kesemua syarat tambahan. Sebutan semula kes 22 Mac depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI