fbpx
SATU pasangan memesan susu formula tetapi yang tiba ialah mi segera. - Foto Facebook/ Complaint Singapore

Pesan susu formula, dapat mi cawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Sepasang suami isteri di Singapura terkejut selepas membuat pesanan susu formula bayi di platform e-dagang, Shopee, tetapi menerima mi segera, lapor portal berita MSNews hari ini.

Menurut satu hantaran yang dikongsi dalam kumpulan Complaint Singapore di Facebook kelmarin, si suami berkata, dia beralih kepada penjual dalam talian selepas susu formula Isomil Stage 3 kehabisan stok di pasar raya besar.

Pada 26 Januari lalu, selepas masih gagal mendapatkan produk tersebut, pasangan itu menemui seorang penjual di Shopee dikenali sebagai ‘mobileaid’ yang menawarkan susu formula sama.

Iklan tersebut memaparkan dua tin susu formula pada harga promosi, dengan janji penghantaran dalam masa dua hari. 

Pasangan itu membuat pesanan dan membayar SGD$117.21 (RM364) untuk dua tin tersebut.

Keesokan harinya, pasangan itu menerima bungkusan mereka, tetapi ia mengandungi satu cawan mi segera perisa ayam Myojo dan bukan susu formula.

Hantaran di Facebook itu menimbulkan perbincangan dalam kalangan netizen dengan kebanyakan bersetuju bahawa penjual berada di pihak yang salah.

Si suami kemudian berkongsi kemas kini bahawa Shopee telah memulakan proses bayaran balik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN