fbpx
Zulkifli (kiri) memeriksa kenderaan dalam Ops Op Khas Bersepadu Gempur Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Sungai Dua arah selatan, malam tadi. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Pendapatan merosot alasan ahli perniagaan gagal perbaharui ‘roadtax’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 73 kenderaan mewah pelbagai jenama membabitkan nilai RM10 juta dalam operasi khas Op Luxury yang dilaksanakan di sekitar negeri itu sepanjang tahun lalu.

Pengarah JPJ negeri, Zulkifli Ismail berkata, kesemua kenderaan terbabit disita atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Katanya, kebanyakan kenderaan yang disita adalah milik ahli perniagaan dan rata-rata memberikan alasan ‘terlupa’ dan mendakwa pendapatan merosot sehingga tidak mampu untuk memperbaharuinya.

“Ada juga LKM kenderaan mewah yang tidak diperbaharui sehingga tiga tahun, sekali gus mengakibatkan ketirisan hasil kepada kerajaan. Selain itu, terdapat LKM kereta Rolls Royce berjumlah lebih RM54,000 bagi tempoh setahun yang sepatutnya diperbaharui tetapi tidak dibayar,” katanya pada Op Khas Bersepadu Gempur Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Sungai Dua Arah Selatan, di sini, malam tadi.

Sejumlah 922 kenderaan perdagangan turut diperiksa, manakala 120 daripadanya dikenakan tindakan membabitkan pelbagai kesalahan antaranya LKM dan lesen memandu tamat tempoh dan tiada pemandu kedua.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI