SHAH ALAM – Seorang pelakon lelaki popular direman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan dadah.
Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis sehingga esok.
Permohonan reman itu dibuat selepas ujian saringan air kencing pelakon tersebut didapati positif dengan siasatan dipercayai dijalankan dibawah Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, Kosmo! masih menanti kenyataan daripada polis mengenainya. – KOSMO! ONLINE














