fbpx
Dua anggota bomba sedang memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pengkalan Datu, Sering, Kota Bharu hari ini FOTO ROHANA MOHD. NAWI

Nenek, 3 cucu terselamat rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang wanita warga emas yang menghidap kencing manis bersama tiga cucunya nyaris rentung selepas rumah mereka hangus dijilat api dalam kejadian di Pangkalan Datu, Sering di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu, Nag Nura Long Deraman, 60, sedang tidur sebelum dikejutkan oleh salah seorang cucunya apabila melihat api di dalam rumah tersebut.

Nag Nura berkata, menyedari keadaan itu, dia terus membawa tiga cucu yang berusia 15 bulan, empat dan enam tahun bergegas keluar dari rumah.

“Saya tidak sempat mengambil wang bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan sebanyak RM200 yang disimpan untuk perbelanjaan menjelang Ramadan.

“Sebaik terjaga daripada tidur, saya terdengar beberapa letupan kecil dari bahagian lantai sebelum api marak membakar rumah dengan cepat,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Alam Nasut Ilias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 1.21 tengah hari

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba berjaya menyelamatkan api daripada merebak ke kawasan dua rumah berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI