fbpx
MOHD. YUSOFF (kanan) turut meletak jawatan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas FAM bagi penggal 2025-2026 di Wisma FAM semalam. - SHIDDIEQIIN ZON

Letak jawatan ‘berjemaah’ demi maruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BELUM sampai setahun berkhidmat, semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) terpaksa berundur secara terhormat bagi memulihkan kembali maruah bola sepak negara.

Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi yang mewakili barisan Exco percaya keputusan itu adalah langkah tepat dibuat berdasarkan situasi semasa.

Menurutnya, keputusan berprinsip itu dibuat sebulat suara termasuk mengambil kira situasi terkini bola sepak negara yang telah menarik perhatian umum.

Tambahnya, peletakan jawatan itu juga bagi menyediakan ruang sewajarnya kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk bebas menilai, meneliti dan jika perlu, menangani perkara-perkara berkaitan tadbir urus serta hal ehwal pentadbiran FAM.

“Langkah ini bertujuan memulihkan keyakinan dalam kalangan penyokong, pihak berkepentingan, rakan kongsi, dan komuniti bola sepak secara keseluruhan.

“Selain itu, keputusan ini mengekalkan kredibiliti institusi adalah penting bagi kestabilan, kelestarian, dan pembangunan masa depan bola sepak Malaysia,” katanya pada sidang media di Wisma FAM semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff menjelaskan barisan Exco akan tetap memberikan kerjasama penuh kepada FIFA, AFC dan pihak berkepentingan yang relevan walaupun tidak lagi memegang sebarang jawatan.

Jelasnya, pentadbiran FAM akan diambil alih oleh jawatankuasa interim yang diketuai Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman bagi menjalankan operasi harian dan menandatangani cek kewangan.

“Tentu sekali jawatauasa ini akan bersama AFC, kita jemput AFC untuk tadbir urus sehingga pemilihan akan datang. Mereka (AFC) akan lihat kelemahan dalam FAM dan tiada tempoh masa diberikan untuk mereka membuat penilaian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN