fbpx

CHCC 2026 Buka Pendaftaran, Tawar Platform Sehenti untuk Penyelesaian Pembinaan Hospital dan Aplikasi Dunia Nyata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIANJIN, China, 29 Januari 2026 /PRNewswire/ — Persidangan Pembinaan Hospital China ke-27 & Ekspo Binaan dan Infrastruktur Hospital Antarabangsa (CHCC 2026), sebuah acara pembinaan hospital yang diiktiraf pada peringkat global akan diadakan mulai 23 hingga 25 Mei 2026, di National Convention and Exhibition Center (Tianjin), China.

Sudahpun diadakan dengan jayanya selama 26 edisi berturut-turut, CHCC berkembang menjadi platform industri yang diiktiraf secara meluas dalam sektor pembinaan hospital yang menyatukan pandangan akademik dan amalan industri. Acara ini menawarkan platform sehenti untuk ahli-ahli profesional infrastruktur penjagaan kesihatan belajar, berangkaian dan meneroka penyelesaian praktikal.

CHCC2026 akan membawakan sebuah pameran yang menjangkau keluasan lebih 100,000 meter persegi bagi mempamerkan penyelesaian daripada lebih 800 pembekal yang berkelayakan di seluruh dunia. Acara ini dijangka akan menarik lebih 60,000 pelawat profesional dan lebih daripada 150 perwakilan. Pada masa yang sama, program persidangan ini akan menganjurkan lebih 100 forum dengan lebih 1,000 penceramah dan menarik minat khalayak yang dijangkakan mencapai lebih 10,000 hadirin.

Direka sebagai pengalaman imersif yang berteraskan senarai tindakan, CHCC 2026 distrukturkan sekitar lapan pavilion bertema yang meliputi aspek-aspek kecekapan operasi, inovasi dalam sistem perubatan khusus, sistem bangunan bersepadu, persekitaran dalaman, penaiktarafan ruang klinikal, kejuruteraan bilik bersih, wad hospital dan juga teknologi AI. Di dalam dewan-dewan ini, 40 zon pameran akan merangkumkan proses perolehan pembinaan hospital hujung-ke-hujung yang mencakupi perancangan dan reka bentuk hospital, sistem mekanikal dan elektrik, kemasan dalaman, penyelesaian kejuruteraan perubatan khusus, peralatan perubatan, robot perubatan, operasi hospital didayakan secara digital, serta pengurusan logistik dan operasi. Kesemua zon ini akan bersama-sama memaparkan beribu-ribu penyelesaian bersepadu dan sedia aplikasi yang membentuk masa depan infrastruktur penjagaan kesihatan moden.


Mengapa Hadiri CHCC 2026?

1. Akses penyelesaian pembinaan hospital yang lengkap melalui platform sehenti

2. Dapatkan pandangan daripada lebih 1,000 pakar mengenai arah aliran, kajian kes dan amalan baru muncul dalam aspek pembinaan hospital

3. Terlibat dalam aktiviti eksklusif, termasuk Majlis Penyampaian Anugerah CHCC, latihan prapersidangan, lawatan hospital, pelancaran buku serta ceramah kepimpinan

"Tahun ini (2025) merupakan tahun kelima kami menyertai CHCC. Setiap pameran menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan! CHCC ialah platform yang hebat untuk mencapai komunikasi dan pertumbuhan perniagaan global yang menawarkan penyelesaian inovatif serta peluang yang unik. Jika anda ingin mengembangkan pengaruh anda atau meneroka pasaran baharu, ia semestinya merupakan pengalaman yang berbaloi dicuba," kata Athena, Presiden China German Hortig-rohrpost Group.

Diadakan di samping pameran ini, program persidangan akan menyediakan liputan yang komprehensif melibatkan proses pembinaan hospital dengan membawakan pendapat berpandangan jauh dan perbincangan yang mendalam dalam tujuh bidang teras: infrastruktur penjagaan kesihatan, operasi hospital didayakan secara digital, penjagaan perubatan dan warga emas bersepadu, kejuruteraan perubatan, pengurusan kemudahan dan logistik hospital, robotik perubatan serta pembangunan disiplin klinikal.

CHCC 2026 mengundang ahli-ahli profesional infrastruktur penjagaan kesihatan di seluruh dunia untuk melawat pameran ini dan menyertai acara penting ini yang dikhususkan untuk perancangan, pembinaan serta pengendalian kemudahan penjagaan kesihatan moden.

Laman web rasmi: https://www.chccchina.com/en

Dapatkan tiket ekspo percuma anda: https://reg.reed-sinopharm.com/pc/#/login?id=25aa73cabd5b411c9052360160ba58e3&channelUuid=dde1a7af3a0e4db68dbd6ef51c4b6a5b

Penganjur Acara:

CHCC2026 dianjurkan secara bersama oleh Zhuyitai, Reed Sinopharm Exhibitions (RSE) dan Z&R Exhibitions. RSE khususnya merupakan satu usaha sama antara Sinopharm, iaitu kumpulan penjagaan kesihatan yang terbesar di China dan RX Global, penganjur acara yang terkemuka di dunia.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4871741_MS71741_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI