BOSSLAT atau nama mesranya, Lat, berasal dari Bestari Jaya, Selangor. Nama Bosslat itu sendiri wujud secara spontan iaitu gabungan panggilan manja ‘Lat’ dan gelaran ‘Boss’ yang melekat seiring perjalanannya membina empayar perniagaan pancing. Namun siapa sangka, sebelum terkenal dalam dunia memancing, Bosslat hanyalah seorang kontraktor biasa, sebelum hidupnya berubah sepenuhnya ketika negara dilanda pandemik Covid-19. Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi titik tolak segalanya. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dia mula menjual pelbagai barangan terpakai dari rumah, termasuklah mesin jahit,……














