fbpx
Tangkap layar video perkongsian @abgujang di TikTok ketika bertemu ibu bapanya di tepi jalan baru-baru ini.

[VIDEO] Mak tapau sambal bilis, gulai ikan tunggu tepi jalan dengan ayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kisah seorang pemandu treler yang hanya sempat bertemu ibu bapanya di tepi jalan sebelum meneruskan perjalanan pulang tular di TikTok, apabila kedua-dua warga emas itu sanggup menunggu sambil membawa bekalan sambal ikan bilis dan gulai ikan kegemaran anak mereka.

Menerusi video dimuat naik pemandu terbabit di akaun @abgujang baru-baru ini, lelaki itu berkongsi detik pertemuan ringkas bersama ibu bapanya selepas menurunkan barangan di Perlis sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Perak.

Menurutnya, meskipun hanya bertemu di tepi jalan, pertemuan singkat itu sudah cukup untuk melepaskan rindu.
“Siap turun barang dekat Perlis, nak hala balik Perak balik singgah sekejap jumpa mak ayah dekat tepi jalan pun jadilah, lepas rindu,” tulisnya.

Lelaki berkenaan turut mengakui berasa sedih melihat ibu bapanya sanggup datang menaiki motosikal dengan perjalanan kira-kira 30 minit dari Perik, Kua Nerang ke Simpamg Asun dekat Jitra, Kedah dan menunggu di tepi jalan demi bertemunya.

“Sedih dah tengok mereka tunggu aku tepi jalan macam ini dengan naik motor. Tapi malas nak keluarkan air mata, aku dengan mak ini kalau kami keluarkan air mata sama-sama macam dalam drama. Baik tahan sahaja,” katanya.

Apa yang lebih menyentuh perasaan, ibunya sudah sedia maklum makanan kegemarannya tanpa perlu ditanya dan terus memasak untuk dibekalkan kepadanya sepanjang perjalanan.

“Mak ini tak payah cakap nak makan apa, dia tahu sudah aku suka makan apa. Dia terus masak makanan yang aku suka siap bekal untuk aku. Nikmat dapat makan masakan mak.

“Yang ada mak ayah lagi, ada peluang jumpalah mereka. Bye cinta hatiku, nanti ada trip pergi sana, jumpa lagi,” katanya.

Perkongsian lelaki itu menerima lebih 400,000 tontonan dan hampir 30,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

@abgujang yg ada mak ayh lg ada peluang jmp lah depa.. #rakantembus ♬ original sound – Fasha_Ariana_Official

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN