fbpx
BARCA berada di luar kelompok pasukan yang mampu layak automatik menyebabkan mereka perlu meraih kemenangan ke atas Copenhagen. - AFP

UCL: Isu kecederaan bukan penghalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Pengendali Barcelona, Hansi Flick menuntut idea dan semangat yang lebih segar daripada seluruh pemainnya bagi menghadapi FC Copenhagen pada aksi terakhir pusingan awal Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

The Catalans sudah pun sah akan kehilangan tiga tonggak utama di posisi tengah, Frenkie de Jong ekoran penggantungan, Gavi masih berada dalam fasa pemulihan kecederaan lutut dan Pedri berdepan isu kecederaan hamstring.

Bagaimanapun, kemenangan 3-0 ke atas Real Oviedo, Ahad lalu memberi impak positif untuk memastikan tiga mata di pentas Eropah, malah jangkaan atas kertas juga nyata berpihak kepada Barcelona.

“Ini (kemenangan ke atas Real Oviedo) adalah cara terbaik untuk bersiap sedia bagi perlawanan Liga Juara-Juara menentang Copenhagen. Apa yang kami serlahkan cukup bermakna untuk membantu pasukan.

“Malah kejayaan itu juga menjadi perkara yang kami mahu lihat, begitu juga buat penyokong setia kami,, mereka berhak untuk melihat kualiti yang sama,” katanya.

Ferran Torres juga masih dihimpit masalah otot, begitu juga dengan Andreas Christensen (kecederaan lutut) sekali gus beri harapan kepada Marc Casado.

Malah, Flick dijangka akan terus menaruh harapan kepada Eric Garcia bagi bergandingan dengan pemain muda, Pau Cubarsi dan Gerard Martin.

“Eric Garcia berada pada tahap terbaik dan saya fikir dia boleh bermain di mana-mana bahagian di posisi pertahanan. Harapan saya mahu Eric Garcia berkembang sebagai seorang pemimpin buat pasukan ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI