fbpx
CHELSEA masih segar dengan kejayaan menewaskan Crystal Palace dan bakal membawa momentum tersebut untuk pertemuan menentang Napoli. - AFP

UCL: Chelsea yakin layak automatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAPOLI – Pengurus Chelsea, Liam Rosenior menegaskan pasukannya tidak pernah gusar tentang peluang untuk bersaing bagi merebut kedudukan lapan terbaik pusingan awal Liga Jaura-Juara musim ini.

Nasib The Blues untuk mendapatkan slot automatik ke pusingan kalah mati bakal bergantung kepada keputusan aksi menentang Napoli, awal pagi esok.

Mengambil kira cabaran yang bakal dihadapi menentang pasukan yang kini dilatih oleh bekas pengendali Chelsea, Antonio Conte, Rosenior kekal berharap untuk menamatkan pusingan awal dengan langkah positif.

Khidmat bintang muda, Estevao Willian dijangka akan menjadi taruhan buat Rosenior selepas pemain itu cemerlang dalam aksi sebelum ini.

“Dia adalah pemain yang memiliki kelebihan dan bakat istimewa. Saya tahu keluarganya berada bersamanya dan kelab akan bekerja keras untuk membantunya menyesuaikan diri.

“Saya juga tahu Andrey Santos dan Joao Pedro akan membantunya berada di negara ini. Sebagai pemain berusia 18 tahun, saya perlu menguruskan minit permainannya.

“Saya mahu dia mengharungi musim yang hebat dan memastikan kariernya berjalan dengan baik,” katanya.

Walaupun baharu beberapa bulan bersama pasukan, Estevao membuktikan dirinya mampu menghadirkan impak besar buat pasukan dan nekad untuk cuba menjadi individu lebih baik sekali gus dapat bantu kelab raih keputusan positif.

“Pemahaman saya tentang perlawanan bertambah baik sejak mula saya tiba. Kelab juga turut memberikan keyakinan kepada saya untuk terus tampil lebih baik,” kata Estevao. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI