fbpx
Tangkap layar video tular seorang wanita mengamuk di sebuah restoran mamak di Jalan Tawas Baru 1, Taman Tasek Damai, Ipoh.

Polis tahan wanita mengamuk, cederakan pekerja di restoran mamak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang wanita ditahan polis selepas bertindak mengamuk dan mencederakan dua pekerja di sebuah restoran mamak di Jalan Tawas Baru 1, Taman Tasek Damai, di Ipoh hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian pada pukul 6.26 pagi itu berlaku apabila wanita berusia 29 tahun tersebut meminta pekerja restoran berkenaan membuat pemindahan wang ke dalam akaunnya.

Katanya, tindakan pekerja terbabit menolak permintaan wanita itu menyebabkan suspek mengamuk dengan menyepahkan makanan selain menumbuk lelaki tersebut serta mencucuk seorang lagi pekerja dengan garfu.

“Suspek juga telah memecahkan tiga keping cermin penghadang makanan menggunakan pisau pemotong daging dan mengambil wang tunai kira-kira RM400 di dalam laci wang.

“Suspek bagaimanapun telah ditangkap dan hasil siasatan mendapati wanita itu baru sahaja keluar dari Hospital Taiping selepas menjalani rawatan berkaitan psikiatri,” katanya di Ipoh hari ini.

Menurut beliau, dalam kejadian itu, pihaknya merampas sebilah pisau dan sebatang garfu yang digunakan dalam insiden berkenaan selain menganggarkan kerugian sekitar RM45,000 dialami pihak restoran.

Katanya, kejadian berlaku di bahagian hadapan kaunter pembayaran dan televisyen litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian itu telah diambil untuk dianalisis.

“Dua pekerja restoran masing-masing cedera di bahagian mulut, pipi dan dada. Kedua-dua mereka menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Suspek pula dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) untuk pemeriksaan. Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 324, Seksyen 427 dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN