fbpx
MERCUN yang dirampas oleh Pasukan Polis Marin dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Rasa Sayang, Sitiawan semalam.

Mercun Tahun Baharu Cina lebih RM105,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Perak merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM105,400 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Rasa Sayang, Sitiawan semalam.

Komander PPM Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Jaffri Bidin berkata, serbuan menerusi Op Taring Landai itu dijalankan oleh Unit Risikan Marin PPM Wilayah Satu Perak susulan maklumat awam berhubung kegiatan penyimpanan mercun di sebuah rumah.

Katanya, serbuan sekitar pukul 4 petang itu kemudiannya membawa kepada tangkapan seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun.
“Pemeriksaan di kediaman berkenaan menemui beberapa kotak mercun di ruang dapur dan di dalam van.

“Antara jenis mercun yang dirampas termasuk Happy Boom Red Cracker, Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeater, Happy Boom Shoot Cake dan Happy Boom Celebration Red Fire Cracker,” katanya di Ipoh hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, lelaki terbabit mengaku tidak memiliki sebarang lesen yang sah untuk memiliki dan menyimpan mercun berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut juga mendapati rumah itu dijadikan sebagai stor penyimpanan mercun sejak dua minggu lalu dan mercun tersebut akan dijual di sekitar Sitiawan sempena Tahun Baharu Cina.

“Lelaki terbabit bersama barangan rampasan iaitu mercun serta kenderaan jenis van dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kampung Acheh bagi tujuan dokumentasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN