HULU SELANGOR – Penduduk Felda Sungai Tengi Selatan di sini lega dengan keputusan kerajaan negeri yang membatalkan cadangan pembinaan ladang babi berskala besar di kawasan Bukit Tagar. Bagi mereka, keputusan pembatalan itu bukan isu politik atau sentimen semasa, sebaliknya mengenai kelangsungan hidup, kesihatan awam dan sensitiviti penduduk setempat. Seorang penduduk, Mohd. Salleh Mohd. Taiban, 42, berkata, keputusan itu dianggap tepat dan selari dengan kehendak masyarakat di kawasan tersebut. “Kami memang tak nak (bantah) sejak dari awal lagi. Kalau betul projek……














