fbpx
Zulkifli berucap semasa sesi pembentangan dan sidang media Laporan Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah 2025 di Petaling Jaya, hari ini. Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

‘Pemikiran umat Islam yang rahmah, bukan marah-marah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Usaha melahirkan masyarakat yang berfikiran maju, dinamik, dan berasaskan nilai rahmah kini menjadi fokus utama dalam memacu transformasi negara ke tahap yang lebih tinggi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, matlamat itu adalah untuk melahirkan ummah yang mengutamakan kedamaian dan kebijaksanaan dalam setiap tindakan, sekali gus menjauhkan budaya emosi yang tidak produktif.

“Ini akan menjadi satu kemahiran kepada usaha kita untuk mencipta pemikiran rakyat yang rahmah.

“Pemikiran umat Islam yang rahmah, yang bukan marah-marah,” katanya ketika berucap sesi pembentangan dan sidang media Laporan Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah 2025 di sini hari ini.

Zulkifli berkata, melalui kerjasama erat dengan pelbagai organisasi, termasuk Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) pelbagai idea tuntas dan segar sedang digerakkan.

“Saya berasa begitu berbahagia sekali dengan kerjasama yang diberikan malahan kita memerlukan lebih banyak lagi idea-idea baru untuk kita gerakkan untuk kita lakukan perubahan.

“Idea itu kena idea yang sederhana. Seperti idea Indeks Rahmah. Seperti baru-baru ini, kita lancarkan usaha untuk memastikan masjid-masjid semua ada jawatan kuasa khas anak muda belia yang akan ada di masjid-masjid, akan menggerakkan program-program di masjid-masjid,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, masyarakat Islam di negara ini dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan pendekatan yang harmoni dan tidak terpengaruh dengan seruan-seruan yang boleh menjejaskan kestabilan serta pelaksanaan rukun Islam, termasuk ibadah zakat.

“Saya menasihatkan kepada semua supaya kita mengambil pendekatan yang lebih rahmah iaitu kita mengajak kepada kebaikan dan kita tidak ingin melihat perkara-perkara yang tidak baik.

“Kita ingin perbanyakkan lagi usaha-usaha ke arah yang baik maka apa-apakan ajakan seperti itu kita hindarkanlah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN