PASIR PUTEH – Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Cherang Ruku di sini rimas dengan longgokan sampah di pekarangan sekolah sehingga menyebabkan anak-anak mereka belajar dalam keadaan tidak selesa sejak dua minggu lalu. Pengerusinya, Zanawi Isa berkata, bau busuk sisa buangan itu mengganggu persekitaran sekolah sekali gus menjejaskan keselesaan murid dan guru. Katanya, pihak berwajib diminta lebih peka dan memastikan sampah tidak dibiarkan terlalu lama lebih-lebih lagi di kawasan berhampiran sekolah. “Perkara ini kerap berlaku sehingga menimbulkan rasa……














