fbpx
SL diberkas di Balai Polis Tasikmalaya Kota semalam. - Kabar Priangan 

‘Influencer’ sewa murid perempuan jadi kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pempengaruh media sosial di Indonesia ditahan selepas ‘menyewa’ pelajar perempuan bawah umur untuk menjadi teman wanitanya, lapor portal berita Serambi News. 

Suspek dikenali sebagai SL itu menyasarkan pelajar perempuan bawah umur dan memberikan upah antara 50,000 rupiah (RM12) sehingga 100,000 rupiah (RM23) untuk menjadi teman wanitanya selama satu jam. 

Selain wang, pelajar-pelajar tersebut diberikan makanan dan kebebasan untuk membeli makanan ringan. 

Aktiviti ‘sewaan’ itu dirakam dan dimuat naik ke media sosial sekali gus mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. 

Suspek ditahan di Balai Polis Tasikmalaya Kota selepas salah seorang mangsa mendedahkan perbuatan itu di media sosial. 

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bandar Tasikmalaya, AKP Herman Saputra berkata, tangkapan dibuat selepas penyiasat menjalankan siasatan dengan bantuan saksi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN