fbpx
Mohd Yusoff (dua dari kiri) mengetuai Exco FAM pada sidang media khas FAM hari ini. - Gambar Fail

Exco FAM sah letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) bagi penggal 2025–2029 secara sukarela telah meletakkan jawatan mereka dengan serta-merta hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas badan induk bola sepak negara itu membuat  mesyuarat Exco kali ke-5 yang dilakukan di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, keputusan ini dibuat secara sebulat suara, dengan mengambil kira tanggungjawab organisasi dan tanpa kepentingan atau jawatan peribadi.

“Ia merupakan langkah berhemah dan berprinsip yang diambil susulan situasi terkini yang telah menarik perhatian umum.

“Malah, Jawatankuasa Eksekutif mengambil tanggungjawab bersama dan keperluan untuk bertindak dengan cara melindungi integriti FAM,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI