fbpx
Infografik perkongsian MetMalaysia di Facebook.

Enam kawasan tidak terima hujan hampir 30 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak enam kawasan di negara ini dikesan tidak menerima hujan hampir 30 hari berturut-turut.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) keadaan tersebut direkodkan berdasarkan pemantauan Sistem Risiko Bahaya Kebakaran (FDRS) yang digunakan bagi menilai tahap cuaca kering.

Menerusi perkongsian di Facebook, MetMalaysia memaklumkan, enam kawasan mencatatkan bilangan hari tanpa hujan tertinggi setakat semalam.
Perlis merekodkan jumlah hari tanpa hujan paling tinggi iaitu selama 30 hari, diikuti Pulau Langkawi di Kedah sebanyak 27 hari.

“Selain itu, sebanyak 23 hari tanpa hujan direkodkan di daerah Melaka Tengah, Melaka dan di Pulau Pinang melibatkan daerah Barat Daya.

“Turut terlibat, Selangor yang turut merekodkan 23 hari di Kuala Langat, manakala Kedah di Kota Setar mencatatkan 20 hari,” menurut MetMalaysia.

MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan sentiasa memantau dengan rapi perkembangan keadaan cuaca dari semasa ke semasa melalui sistem FDRS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI