fbpx
BAHAROM menunjukkan emas fizikal yang kini boleh dibeli melalui mesin layan diri di ruangan lobi Wisma Co-opbank Pertama, Kampung Bharu.

CBP lancar mesin layan diri CBP Gold

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) hari ini memperkenalkan perkhidmatan baharu iaitu produk emas fizikal yang dikenali sebagai CBP Gold yang ditawarkan melalui mesin layan diri.

Ia ditawarkan dengan kerjasama Public Gold, sebuah syarikat yang terkenal dalam pemasaran emas fizikal.

Mesin tersebut ditempatkan di ruangan lobi Wisma Co-opbank Pertama, Kampung Bharu di sini.

Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, inisiatif penjualan emas secara fizikal merupakan salah satu strategi pihaknya dalam memenuhi keperluan dan permintaan terhadap pelaburan emas dalam kalangan pelanggan.

“Pembeli boleh membuat pembelian emas fizikal bermula serendah 0.2 gram sehingga maksimum satu gram melalui transaksi pembayaran tanpa tunai.

“Berat emas yang ditawarkan, dan jumlah ketersedian mesin ini akan diperluaskan pada masa akan datang selaras dengan permintaan,” katanya pada majlis pelancaran.

Tambah beliau sempena dengan pelancaran CBP Gold, pihaknya menawarkan cenderahati eksklusif kepada 25 pelanggan terawal pada hari pelancaran, dan hadiah saguhati kepada 75 pembeli berikutnya bagi pembelian yang dibuat dari 29 Januari hingga 28 Februari.

“Dengan adanya kemudahan pembelian emas fizikal yang ditawarkan oleh CBP, saya menyarankan para pelanggan untuk membuat simpanan emas sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan.

“Kenaikan harga emas yang konsisten menunjukkan potensi peningkatan nilai sebagai instrumen simpanan untuk jangka yang panjang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI