fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV kedai terbabit yang memaparkan tindakan seorang wanita menipu resit QR.

Beli ‘top up’ pun guna resit tipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di sekitar Kuala Ketil, Tikam Batu, Padang Menora dan Tasek Gelugor diingatkan supaya lebih berhati-hati apabila melakukan pembayaran menggunakan QR atau pemindahan wang secara dalam talian (transfer), susulan kejadian seorang wanita menipu menggunakan resit palsu.

Menurut perkongsian penduduk Sungai Petani di laman Threads, wanita terbabit menunjukkan resit kononnya telah melakukan pembayaran, namun wang sebenar tidak dimasukkan ke akaun penerima.

Kejadian itu dilaporkan telah menjejaskan ramai mangsa, termasuk pekerja stesen minyak yang mengalami kerugian ratusan ringgit.

“Jangan mudah percaya resit semata-mata. Pastikan duit betul-betul masuk akaun sebelum menyerahkan barang,” kata seorang penduduk.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada kedai terbabit, wanita berkenaan dilihat sedang mendukung seorang bayi ketika membuat pembelian pin kod tambah nilai (top up).

Wanita itu kemudian berpura-pura mengimbas kod QR yang ditunjukkan pekerja kedai dan memasukkan nilai bayaran di dalam telefon bimbit.

Video tersebut mendapat perhatian ramai pihak dan rata-ratanya mengecam tindakan wanita terbabit.

“Pegang anak sebagai modus kesian ja. Hati tu dah niat nak menipu,” kata @Sisterr99.

“Baiknya tuan kedai siap blur (kaburkan) muka pelaku,” kata @Aikkamyy_.

“Gerak geri akak itu memang nampak berjaga-jaga. Ini risiko terima bayaran guna QR. Peniaga tolonglah semak duit masuk dulu sebelum serah barang kepada pelanggan,” pesan Sam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN