fbpx
Kim Keon-hee. - AFP

Bekas wanita pertama Korea Selatan dijel 20 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Hakim sebuah mahkamah Korea Selatan menjatuhi hukuman penjara 20 bulan ke atas bekas wanita pertama negara itu, Kim Keon-hee kerana menerima hadiah mewah daripada sebuah gereja, namun membebaskannya daripada dakwaan manipulasi saham dan beberapa tuduhan lain.

Kontroversi telah lama menyelubungi Keon-hee yang berusia 53 tahun. Tuduhan rasuah, penyelewengan pengaruh dan penipuan akademik turut mendominasi tempoh suaminya, Yoon Suk-yeol semasa memegang jawatan.

Kedua-dua mereka kini ditahan, dengan Suk-yeol atas tindakan yang diambil semasa pengisytiharan undang-undang tentera pada Disember 2024.

Hari ini, Hakim Woo In-sung dari Mahkamah Daerah Pusat Seoul mendapati bahawa Keon-hee bersalah atas tuduhan rasuah dan menjatuhi hukuman penjara 20 bulan.

Beliau didapati menerima rasuah mewah daripada Gereja Penyatuan yang dianggap kultus, termasuk beg Chanel dan rantai leher Graff.

Keon-hee bagaimanapun didapati tidak bersalah atas manipulasi saham dan pelanggaran undang-undang pembiayaan kempen Korea Selatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN