fbpx
Putera Mohammed bin Salman menghadiri pertemuan Trump di Pejabat Oval White House di Washington, DC pada 18 November 2025. - AFP

Arab Saudi larang ruang udara diguna untuk serang Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH – Arab Saudi mengharamkan penggunaan ruang udara atau wilayahnya untuk sebarang tindakan ketenteraan terhadap Iran, lapor portal berita Arab News. 

Kenyataan itu dibuat oleh Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman kepada Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dalam panggilan telefon semalam. 

Beliau memberitahu Pezeshkian bahawa Arab Saudi menghormati kedaulatan Iran dan menyokong sebarang usaha yang akan menyelesaikan konflik melalui dialog dengan cara yang meningkatkan keselamatan serta kestabilan di rantau itu. 

Pezeshkian mengucapkan terima kasih kepada Riyadh atas pendirian teguh itu dalam menghormati kedaulatan dan integriti wilayah Iran. 

Terdahulu, Pezeshkian berkata, Tehran sentiasa mengalu-alukan sebarang proses yang selaras dengan undang-undang antarabangsa bagi mencegah peperangan, lapor media Iran. 

Beliau turut memberitahu Putera Mohammed bahawa perpaduan dan permuafakatan negara-negara Islam boleh menjamin keselamatan, kestabilan serta keamanan yang berkekalan di rantau itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN