fbpx
Anwar ketika hadir Amanat Perdana Menteri bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Penguatkuasaan yang Berhubungan Dengan Jenayah Kewangan anjuran NFCC di Kementerian Kewangan hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

Anwar beri tempoh seminggu atau pimpinan penguat kuasa turun jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh seminggu kepada pimpinan badan penguat kuasa di negara ini untuk melaksanakan tugas masing-masing dengan baik.

Menurut Anwar, jika pimpinan penguat kuasa terbabit tidak mampu melaksanakan tugas itu, mereka boleh bersedia untuk diletakkan di jawatan yang lebih rendah atau tanggungjawab lebih kecil.

Menurutnya, beliau mengakui sudah hilang sabar dengan pelbagai isu rasuah, salah guna kuasa dan tatakelola yang berlaku dalam negara ketika ini.

“Jadi, saya nak berikan kata-kata yang keras dan singkat saja. Sudah sampai ketikanya di mana kita harus beri jawapan.

“Kalau sudah diamanahkan dan rasanya kurang mampu menerima tugas ini kerana cabaran terlalu besar atau ujian berat serta lebih minat dengan tarikan pelawaan yang terlalu menarik.

“Maka, saya syorkan dalam tempoh seminggu ini kepada ketua-ketua jabatan badan penguat kuasa yang belum bersedia mengambil amanah sebagai pemimpin penguat kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Perdana Menteri Bersama Ketua-Ketua
Jabatan/Agensi Penguatkuasaan di sini hari ini.

Katanya, beliau menjelaskan bahawa tempoh seminggu yang diberikan itu munasabah kerana beliau sendiri sudah hilang sabar dengan pelbagai kelemahan dan kelompongan yang berlaku.

Anwar berkata, kelemahan dan kelompongan dalam aspek penguatkuasaan ini perlu diperbaiki segera bagi menyelamatkan negara selain harapan rakyat untuk melihat perubahan dalam negara.

“Jadi, saya harap nanti dalam tempoh seminggu ini, kita renung betul-betul dan renung bersama,” katanya.

Katanya, beliau juga mengakui lebih arif tentang kekuatan dan kelemahan dalam negara khususnya selepas tiga tahun mengemudi kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN