fbpx
Tangkap layar berhubung kejadian di Meru malam tadi.

[VIDEO] Dua lelaki diburu sembur alat pemadam api ke kereta polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Polis memburu dua lelaki yang meloloskan diri selepas menyembur alat pemadam api ke arah kenderaan polis di sekitar Meru di sini, sekitar 10 malam tadi sebelum suspek bertindak melarikan diri selepas kereta jenis Proton Wira dinaiki terbabas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, polis mengesan kenderaan dinaiki suspek sebelum mengarahkan untuk berhenti.

“Namun arahan itu diingkari dan terus memecut laju. Bagi meloloskan diri, suspek turut bertindak agresif menyembur alat pemadam api ke arah kenderaan polis sebelum terbabas.

“Dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam insiden ini meloloskan diri manakala kereta yang ditinggalkan telah dirampas dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN