PUTRAJAYA – Kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menunjukkan tahap positif apabila beliau berkesempatan keluar menikmati kopi selepas 22 hari menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Pegawai Pejabat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Sufi Yusoff berkata, bekas Perdana Menteri itu hari ini meluangkan masa menikmati kopi di Pavilion Damansara.
“Selepas 22 hari menerima rawatan di IJN, beliau keluar menikmati kopi sebentar di Pavilion Damansara.
“Ketika ini, beliau masih menerima rawatan di IJN,” katanya ringkas kepada media hari ini.
Terdahulu, proses pemulihan Dr. Mahathir yang dirawat di IJN ekoran patah tulang pinggul dijangka mengambil masa lama ekoran faktor usia.
Selain itu, rawatan terbaik terhadap beliau juga diputuskan secara fisioterapi tanpa pembedahan.
Dr. Mahathir masih meneruskan rawatan di IJN bagi pemulihan tulang pinggul yang patah akibat jatuh pada 6 Januari lepas di kediamannya di The Mines. – KOSMO! ONLINE














