fbpx
Gambar hiasan.

Sekolah dua sesi atasi kesesakan murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mempertimbangkan pelaksanaan persekolahan dua sesi bagi menangani masalah kesesakan di beberapa sekolah bandar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah segera terutama membabitkan murid prasekolah dan darjah satu pada tahun depan itu bagi memastikan pendidikan bermutu dapat diberikan kepada semua murid.

“Memang benar ada sekolah di bandar mempunyai kepadatan murid sementara banyak sekolah desa, pedalaman kurang murid.

“Bagi sekolah yang dianggap sesak, KPM akan mengambil penyelesaian melaksanakan persekolahan dua sesi di sekolah yang mempunyai ramai murid tahun satu dan prasekolah,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) berhubung kesiapsiagaan sekolah yang mempunyai kepadatan murid yang akan mengalami pertambahan murid tahun satu dan prasekolah.

Terdahulu, Anwar menjelaskan, kerajaan memutuskan untuk tidak menangguhkan kemasukan murid tahun satu pada usia enam tahun kerana ia langkah penting bagi menjamin masa depan anak-anak.

Menurut beliau, ia bukan satu keputusan yang akan merugikan, malah satu keputusan yang wajar diberi pertimbangan dan disokong semua pihak.

“Negara kalau mahu maju harus memikir langkah proaktif dan lebih berani san kalau kita rasa ada beberapa masalah, kita cuba selesaikan dalam masa singkat.

“Sebab itu saya lihat Kementerian Pendidikan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan telah bergegas untuk melihat semua aspek ini.

“Aspek dana, aspek persiapan kurikulum, aspek sikap ibu bapa, itu diteliti sekarang supaya kita dapat laksana dengan sebaik mungkin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN