fbpx
Empat individu yang ditahan kerana positif dadah dalam operasi sepadu JPJ WPKL di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

‘Saya ambil ganja sebab gaduh dengan bos…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Saya ambil ganja baru lagi, sebab stres bergaduh dengan bos.”

Demikian pengakuan seorang lelaki berusia 49 tahun selepas ditahan dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi menghala selatan, di sini hari ini.

Terdahulu, penunggang motosikal itu bertindak melarikan diri dengan melawan arus sebelum terbabas ke dalam longkang sewaktu mengelak kenderaan lain.

Semasa diperiksa, lelaki dikenali sebagai Yan itu disyaki memiliki bahan terlarang, malah ujian saringan ujian air kencing turut mendapati dia positif dadah.

Yan yang bekerja sebagai pemandu berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari Kota Damansara ke Kajang Utama.

“Saya terbabas sebab terkejut. Selalunya saya ‘redah’ sahaja kalau ada sekatan, tapi kali ini tak tahu kenapa saya berpatah balik. Ganja pun saya ambil sebab bos nak berhentikan saya. Saya stres nak raya lagi,” katanya.

Lelaki itu merupakan antara empat individu yang ditahan positif dadah dalam operasi sepadu Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur.

Pengarahnya, Hamidi Adam berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada pemandu lori dan penunggang penunggang motosikal. Kesemua yang ditahan diserahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI