BANGKOK – Sepasang pelancong asing ditahan kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di sebuah pantai di Thailand, lapor portal berita Must Share News.
Polis dimaklumkan mengenai perbuatan songsang di bandar Pattaya itu pada pukul 4.19 pagi (waktu tempatan), baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform Facebook menunjukkan pasangan itu melakukan hubungan intim di pasir pantai sebelum terkejut dengan kehadiran anggota polis.
Hasil siasatan mendapati lelaki itu merupakan warga Britain, manakala suspek wanita berasal dari Singapura dan berusia 61 tahun.
Polis berkata, lelaki bernama Euripides Loucaides, 34, itu berada di bawah pengaruh alkohol semasa disoal siasat.
“Wanita itu tidak tahu perbuatan tersebut menyalahi undang-undang Thailand. Walaupun fasih berbahasa Thai, dia mendakwa datang ke Thailand untuk menyambung pengajian,” kata polis.
Namun, penduduk tempatan percaya bahawa wanita itu adalah gelandangan dan mempunyai masalah mental.
Mereka dikenakan denda mencecah 5,000 baht (RM635). – AGENSI














