JAKARTA – Sebuah pesawat Smart Air Caravan terhempas di luar Daerah Nabire dalam wilayah Papua Tengah hari ini semasa dalam perjalanan ke Daerah Kaimana di Papua Barat, lapor agensi berita ANTARA
Pesawat itu membawa 15 orang, termasuk penumpang dan kru.
Pesawat enjin kipas , yang didaftarkan sebagai PK-SNS itu terhempas sejurus selepas berlepas atas sebab-sebab yang tidak jelas.
“Kami boleh mengesahkan bahawa sebuah pesawat Smart Air yang terbang dari Nabire ke Kaimana terhempas di perairan pesisir. Semua penumpang dilaporkan selamat,” kata Ketua Polis Nabire Pesuruhjaya Kanan Samuel Tatiratu kepada ANTARA.
Nahas berlaku di tengah-tengah siasatan yang berterusan terhadap kemalangan maut pesawat ATR 42-500 kendalian Indonesia Air Transport di Pergunungan Bulusaraung, Sulawesi Selatan pada 17 Januari lalu.
Kesemua tujuh kru dan tiga pegawai kerajaan yang berada di dalamnya terbunuh, dan mayat mereka telah dialihkan. – AGENSI














