fbpx
KEADAAN ulu Sungai Johor di Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi, Ahad lalu. - Foto IHSAN JAS JOHOR

Pencemaran Sungai Johor: Kilang sawit digantung operasi, dua ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang pengurus dan operator kilang memproses kelapa sawit ditahan susulan insiden pencemaran ulu Sungai Johor di Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr. Mohd. Famey Yusoff berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 40-an ditahan kira-kira pukul 9 malam semalam, manakala operasi kilang tersebut yang terletak di kawasan Layang-Layang, Kluang digantung serta-merta.

“Pemeriksaan teknikal di premis turut menemui pelanggaran serius apabila sistem pengolahan efluen gagal berfungsi dengan baik disebabkan struktur furrow (saluran efluen) di dalam kawasan premis telah pecah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, lesen operasi kilang turut digantung sehingga kerja-kerja penambah baikan dilaksanakan sepenuhnya bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang alam sekitar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI