fbpx
Surau Al-Munawwarah bakal menjadi kegunaan sementara penduduk Taman Halaman Indah di Nibong Tebal untuk menunaikan solat tarawih.

’Pak Teh, kita boleh solat dah tahun ini, insya-Allah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hasrat penduduk Taman Halaman Indah di Nibong Tebal, Pulau Pinang untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah pada Ramadan tahun ini akhirnya menjadi kenyataan apabila sebuah surau sementara berjaya diwujudkan bagi kegunaan komuniti setempat.

Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek berkata, beliau telah menyumbangkan sebuah kabin untuk dijadikan surau sementara yang dinamakan Surau Al-Munawwarah.

Menurutnya, surau tersebut akan beroperasi di atas tanah Masjid Halaman Indah sementara menunggu pembinaan masjid kekal yang dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh dua tahun, sekiranya tiada sebarang halangan.

“Alhamdulillah. Hasrat penduduk untuk solat tarawih berjemaah tahun ini akhirnya tercapai. Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan usaha ini. Pak Teh, kita boleh solat dah tahun ini, insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata, kerja-kerja persiapan kini sedang giat dijalankan bagi melengkapkan surau sementara itu dengan kemudahan asas demi keselesaan para jemaah.

“Nibong Tebal, kita bagi jadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN