fbpx
Ramanan ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Surat Pemakluman Program Dharma MADANI Kementerian Sumber Manusia di Menara PERKESO, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

Mitra kini bawah Kementerian Sumber Manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) kini diletakkan secara rasmi di bawah Kementerian Sumber Manusia berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, keputusan bagi memindahkan unit itu di bawah kementerian berkenaan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri baru-baru ini.

“Oleh itu, saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Jemaah Menteri yang telah memberikan tanggungjawab dan amanah yang sangat besar ini kepada Kesuma.

“Saya yakin dengan kerjasama yang diberikan oleh pengurusan tertinggi kementerian yang diketuai oleh KSU (Ketua Setiausaha) dan kedua-dua TKSU (Timbalan Ketua Setiausaha), Kesuma akan menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

Ramanan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat India dan Sesi Penyerahan Surat Kelulusan Program Dharma Madani di Bangunan Perkeso di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan meletakkan Mitra di bawah Kesuma telah dimuktamadkan dan kini dalam proses pewartaan yang dijangka dikeluarkan dalam tempoh kira-kira seminggu.

Menurutnya, keputusan tersebut menjadikan ia sebagai kementerian yang akan berperanan memantau dan mengawal selia operasi Mitra selepas ini, termasuk aspek pengurusan serta penyaluran dana kepada penerima.

Beliau turut mengulas mengenai kebimbangan berkaitan ketelusan dana dengan menegaskan bahawa mekanisme pemantauan telah dan sedang dilaksanakan, termasuk pendedahan maklumat penerima bantuan kepada umum.

Jelasnya, setiap dana yang disalurkan melalui Mitra akan dipaparkan secara terbuka di laman web rasmi agensi iaitu www.mitra.gov.my bagi memastikan ketelusan dan mengelakkan sebarang salah guna.

“Setiap penerima dana akan dipamerkan nama mereka di laman web rasmi Mitra.

“Ini bagi membolehkan orang ramai melihat sendiri siapa yang menerima bantuan dan memberi pandangan secara terbuka. Tidak ada apa yang hendak disembunyikan.

“Sebagai contoh, seramai 3,000 pelajar India tahun pertama di institusi pengajian tinggi telah menerima komputer riba baharu menerusi Inisiatif Peranti Siswa, melibatkan peruntukan sebanyak RM7.9 juta dan senarai penerima turut dipaparkan di laman web Mitra,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN