fbpx
Kelihatan ahli keluarga Allahyarham Suri di Mahkamah Majistret Rembau, hari ini.

Menggigil lihat tertuduh kes bunuh Suri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Keluarga Allahyarham Suri Narudin, 53, hadir di Mahkamah Majistret, di sini hari ini bagi mengikuti prosiding sebutan semula kes pembunuhan tragis wanita tersebut.

Anak saudaranya, Sara Alias, 38, berkata, mereka mahu melihat sendiri perjalanan kes itu, selain mempertimbang untuk melantik peguam pemerhati sepanjang prosiding kes berkenaan.

“Peguam pemerhati akan dilantik selepas melihat perjalanan prosiding nanti. Kita akan lihat sama ada tertuduh akan melantik peguam atau diwakili peguam secara percuma. Jadi baru kita buat keputusan, jika tiada keperluan kita tidak akan lantik.

“Namun, besar harapan kita agar tertuduh mendapat hukuman setimpal atas perbuatannya. Perasaan saya apabila tengok tertuduh adalah bercampur baur, nak marah ada, nak nangis ada, menggigil pun ada, tapi puas dapat tengok depan mata (semasa) dia dalam kandang tertuduh,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurut Sara, seramai 10 ahli keluarganya dari Kuala Lumpur dan Sarawak hadir bagi mengikuti perjalanan kes bunuh tersebut hari ini.

Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali hari ini menetapkan 3 Mac ini sebagai tarikh untuk serahan laporan bedah siasat. Tertuduh, Zainizan Zainal, 52, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya setelah didakwa kali pertama pada 26 Disember lalu.

Mayat Suri ditemukan dalam sebuah beg dan ditanam di belakang sebuah rumah di Rembau selepas dilaporkan hilang di kawasan Ampang, Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN