fbpx
Dua penumpang keluar dari pintu di sebelah kanan bagi menyelamatkan diri. - East2West

Mana cukup, gajah cabut pintu van minta makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COLOMBO – Sekumpulan pelancong Russia berdepan detik cemas apabila seekor gajah menyerang kenderaan dinaiki mereka bagi mendapatkan makanan, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Dalam video kejadian yang tular, van berwarna putih itu melalui jalan di sebuah taman safari di Sri Lanka sebelum seekor gajah menggoncangkan kenderaan tersebut, baru-baru ini.

Haiwan itu mencabut pintu kenderaan menggunakan belalai bagi meminta makanan selepas seorang pelancong terbabit memberikan makanan sebelum itu.

Gajah itu akhirnya berundur selepas sebuah lagi kenderaan safari tiba dan membunyikan hon serta melepaskan tembakan amaran.

“Kami tidak akan melupakan lawatan ke Sri Lanka ini. Kami hampir hilang nyawa.

“Hanya beberapa minit sebelumnya, saya merakam video dan langsung tidak menyedari bahawa makanan yang manis akan bertukar menjadi huru-hara,”  kata seorang pelancong tersebut,  Liliya Mikhailovskaya, 43.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN