fbpx
Gambar hiasan.

Malaysia jana eksport RM45.4 bilion hasil perluasan pasaran, perdagangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia menjana jualan eksport berjumlah RM45.4 bilion pada tahun 2025 hasil strategi kerajaan memperluaskan pasaran dan ruang perdagangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara pasaran terlibat adalah United Kingdom, Thailand, Russia, Itali, Perancis, Brazil, China, Korea, Ethiopia, Kenya dan Afrika Selatan.

Menurut beliau, tumpuan eksport melibatkan sektor gas cecair asli (LNG), minyak kelapa sawit, barangan elektrik dan elektronik (E&E) khususnya semikonduktor, aeroangkasa, perabot serta bahan-bahan lain.

Beliau berkata, Malaysia turut berjaya menangani cabaran ketidaktentuan global susulan beberapa langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat serta ketegangan sosok politik antarabangsa.

“Namun kita mampu, Alhamdulillah, kerana berjaya merekodkan jumlah perdagangan tertinggi dalam sejarah iaitu RM3.061 trilion, meningkat 6.3 peratus berbanding 2024,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) mengenai prestasi dan nilai perdagangan bagi tahun 2025 serta hasil lawatan dan misi perdagangan Perdana Menteri ke luar negara kepada peningkatan
eksport Malaysia

Tambah Anwar, pencapaian itu hasil pendekatan Malaysia yang mengamalkan perdagangan terbuka dan bebas melibatkan 240 pasaran termasuk lebih daripada satu proses perdagangan dalam sesebuah negara.

Selain itu, katanya, Malaysia turut mencatat nilai eksport tertinggi dalam sejarah sebanyak RM1.63 trilion iaitu meningkat 6.5 peratus berbanding 2024 melibatkan pasaran ASEAN, China, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan lain-lain.

Dalam pada itu, kata beliau, lebihan dagangan negara meningkat 9.2 peratus kepada RM151.80 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Perdana Menteri turut menyebut beberapa pasaran baharu yang mencatat peningkatan ketara antaranya Kyrgyzstan (peningkatan 225.8 peratus), Yemen, Tanzania, Togo, Uzbekistan, Angola, Algeria, Nigeria, Puerto Rico, Kenya dan Maghribi.

Beliau berkata, pasaran baharu itu membuka peluang kepada Malaysia untuk mengambil sikap lebih terbuka dan meneroka ruang perdagangan yang lebih luas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI