fbpx
Dzugkoev diharamkan memasuki Thailand selama 99 tahun. - East2West

Lelaki rakam aksi terlarang belakang pikap dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pencipta kandungan dari Russia dijatuhi hukuman penjara setahun selepas merakam video memaparkan dirinya dan seorang wanita melakukan hubungan intim di belakang sebuah trak pikap di Phuket, Thailand, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Georgy Dzugkoev, 23, juga akan dihantar pulang dan diharamkan memasuki Thailand selama 99 tahun selepas melakukan aksi tersebut bersama seorang wanita tempatan untuk dimuat naik di laman sosial.

Perbuatan itu merupakan pelanggaran berat terhadap undang-undang tempatan dan norma moral, demikian menurut pihak berkuasa Thailand.

Dalam video yang mencetuskan kemarahan ramai itu, Dzugkoev dan seorang wanita berusia 42 tahun dilihat tidak memakai sebarang pakaian ketika melakukan hubungan intim di khalayak ramai.

Mereka melakukan aksi itu di dalam trak pikap yang dipandu ketika hujan.

Dzugkoev dipenjara setahun, manakala wanita tersebut selama 10 bulan. Pemandu trak pikap dan jurukamera juga masing-masing dijatuhi hukuman penjara setahun.

“Wanita itu mengaku dia ialah individu dalam video itu. Dia memberi keterangan bahawa dibayar oleh lelaki Russia itu sebanyak 1,000 baht (RM127) untuk merakam kandungan bersama untuk saluran Instagramnya,” kata penguasa Balai Polis Mueang Phuket, Kolonel Polis Chatri Chukaew.

Dzugkoev mempunyai ratusan ribu pengikut di akaun media sosialnya dan dia kerap  merakam kandungan tidak senonoh di Thailand serta negara lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI