fbpx
SEORANG lelaki ditangkap di dalam sebuah sekolah. - Foto  Shin Min Daily News

Lelaki cinta guru wanita ditangkap di sekolah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki memasuki kawasan sebuah sekolah di Singapura untuk mencari seorang guru wanita selepas terpikat dengannya, lapor portal berita Stomp kelmarin.

Dia yang berusia 33 tahun kemudian ditangkap polis dekat pintu pagar Sekolah Menengah River Valley pada Jumaat lalu.

Seorang pelajar berkata, lelaki itu berada di sekolah untuk aktiviti kokurikulum pada waktu petang.

Menurutnya, pergaduhan berlaku berhampiran pintu pagar utama sekolah sekitar pukul 5.30 petang, manakala pelajar-pelajar diminta menjauhi kawasan tersebut.

“Selepas itu, rakan sekelas memberitahu bahawa seorang lelaki telah ditangkap dan saya melihat anggota-anggota serta kenderaan polis berada dalam kawasan sekolah,” katanya.

Sebagai menjawab pertanyaan Stomp, polis mengesahkan mereka menerima panggilan berhubung satu kes gangguan yang berlaku sekitar pukul 4.20 petang (waktu tempatan).

Selepas polis tiba, lelaki itu enggan memberikan butiran peribadi dan tidak memberikan kerjasama.

“Lelaki itu kemudian meninggikan suara dan menjerit kepada anggota-anggota polis sambil terus mencabar mereka. Dia enggan mematuhi arahan polis walaupun beberapa amaran telah diberikan,” kata seorang jurucakap polis.

Katanya, lelaki itu kemudiannya ditahan atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN