fbpx
EZAM memberi penerangan tentang operasi pemadam api kebakaran tanah gambut yang akan dijalankan ketika ditemui di markas bomba di Taman Bayu Damai, Pengerang, Kota Tinggi hari ini. Foto MASTURAH SURADI/ KOSMO!

Kebakaran tanah gambut: Proses pemadaman tiga ke empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Usaha memadam kebakaran tanah gambut di Taman Bayu Damai, Pengerang di sini dijangka mengambil tempoh antara tiga hingga empat hari dengan melibatkan operasi menggunakan teknik menjatuhkan air dari udara atau ‘water bombing’.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai Pegawai Bomba Tinggi II Ezam Mistorerrodin berkata, helikopter akan memulakan operasi ‘water bombing’ seawal pagi esok dengan sasaran memadamkan titik panas secara menyeluruh.

“Setakat pukul 12 tengah hari tadi sebanyak 28 peratus atau 76 ekar daripada 246 ekar kawasan kebakaran sudah berjaya dipadamkan. Sekarang ini kami cuba buat firebreak dan buat total flooding. Kemungkinan esok InsyaAllah helikopter akan buat pengeboman air,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di markas bomba di taman berkenaan, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini kebakaran boleh dikawal tetapi disebabkan faktor cuaca dengan angin kencang malam tadi menyukarkan kerja-kerja pemadaman.

“Waktu operasi memadam kebakaran akan diteruskan sehingga malam dan bilangan anggota yang bertugas masih kekal 26 orang,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN