fbpx
Gambar hiasan

Kantoi rakam bawah kain wanita di pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Seorang penjawat awam berusia 26 tahun ditahan tidak sampai tiga jam selepas kantoi merakam gambar bawah kain wanita dalam kejadian di sebuah pasar raya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, mangsa yang berusia 34 tahun menyedari kejadian itu ketika membeli barang sebelum membuat laporan kira pukul 3.46 petang.

“Wanita itu memaklumkan dia diekori seorang lelaki yang merakam dari bawah kain semasa membeli barang di sebuah pasar raya. Bertindak atas maklumat, pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin menahan suspek di Kampung Baru Tampin.

“Pemuda itu direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 29 Januari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 507a dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, seorang wanita dikenali sebagai Zu, 40-an berkata, dia terkejut apabila mendengar suara wanita memarahi individu lain ketika membeli barangan.

“Wanita itu (mangsa) minta lelaki itu padam atau serahkan kad sim tetapi dia melarikan diri,” katanya yang lega kerana mangsa membuat laporan polis membolehkan suspek terlibat ditangkap.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN